NADI x Kesejahteraan Diri : Mood Pelajar Tapi Power – Senaman Lepas Kelas! | E051
25 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini24 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah menonton video senaman Mood Pelajar Tapi Power – Senaman Lepas Kelas! | E051. Seramai 2 peserta telah menonton video ini.
Selepas seharian belajar di dalam kelas, badan kita biasanya berasa penat dan fikiran pun agak letih. Sebab itu aktiviti senaman selepas kelas sangat penting untuk murid-murid. Walaupun ringkas seperti regangan tangan, larian kecil, lompat bintang atau senaman pernafasan, ia mampu menyegarkan tubuh badan.
Senaman juga membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan rasa mengantuk, dan menjadikan kita lebih bersemangat. Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan sesama kawan apabila dilakukan secara berkumpulan.
Kesimpulannya, walaupun bergelar pelajar, kita tetap boleh nampak “power” dengan mengamalkan senaman selepas kelas supaya kekal sihat, cergas dan ceria.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: